top of page
Penganugerahan Panji-Panji

     

Panji-Panji Rejimen

 

     a.         Tarikh Penganugerahan.          12 Feb 1950.

 

     b.        Ringkasan.      Perbarisan telah diadakan pada 12 Feb 1950. Pengurniaan telah dibuat oleh Tuan Yang Terutama

     Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Henry Gurney di Taiping, Perak. Gelaran ‘Diraja’ telah diberikan pada 1 Mac 1958 sempena

     Hari Ulang Tahun ke 25 Askar Melayu oleh Yang  Di-Pertuan Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum

     Tuanku Mohamed.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penganugerahan Panji-Panji Rejimen

pada 12 Feb 1950 oleh Sir Henry Gurney di Taiping, Perak

                                                                     

 

Gelaran Diraja

 

     a.         Tarikh Penganugerahan.     1 Mac 1958.

 

    b.      Ringkasan.       Penganugerahan gelaran Diraja kepada Rejimen Askar Melayu oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah,

    Tuanku Badlishah pada 1 Mac 1958 dan pengumuman penganugerahan ini telah dibuat oleh Allahyarham Yang Amat

    Berhormat Tun Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan Malaysia di Kem Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penganugerahan Diraja kepada Rejimen Askar Melayu oleh

Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Badlishah

pada 1 Mac 1958 di Kem Kepala Batas

 

 

Pertukaran Panji-Panji Rejimen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertukaran Pertama Panji-Panji Rejimen pada 24 Mac 1984

oleh KDYMM Sultan Kedah di Port Dickson

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertukaran Kedua Panji-Panji Rejimen pada 24 Mei 1995

oleh KDYMM Sultan Kedah di Kem Sungai Besi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertukaran Ketiga Panji-Panji Rejimen pada 16 Apr 2002

oleh KDYMM Sultan Kedah di Kem Sungai Besi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pertukaran Keempat Panji-Panji Rejimen pada 2 Nov 2010

oleh KDYMM Sultan Kedah di Kem Perdana Sungai Besi

 

 

Panji-Panji Yang Di-Pertuan Agong

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     a.     Tarikh Penganugerahan.          23 Mac 1963.

 

     b.     Ringkasan.      Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong telah dianugerahkan kepada batalion ini dan disempurnakan oleh

     KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-13, Tuanku Syed Hassan Jamalulail, pada hari Sabtu, 23 Mac

     1963 dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Panji-Panji ini dikurniakan kepada batalion

     ini sebagai lambang kesetiaan kepada Raja dan Negara selain sebagai tanda penghormatan dan penghargaan Negara

    terhadap kesetiaan dan kecemerlangan anggota rejimen ini yang berjaya menempuh pelbagai cabaran dan pahit getir semasa

    menjalankan tugas terutamanya semasa pendudukan Jepun, darurat, konfrontasi serta misi-misi pengaman yang dijalankan.

 

            Pertukaran Pertama Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Mu’adzam 

     Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Kolonel Yang Dipertua RAMD di Padang Kawad Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson,

     Negeri Sembilan pada 30 Nov 1991. Ketua Perbarisan adalah Lt Kol Hamzah bin Ibrahim, Pegawai Memerintah 1 RAMD yang

    Ke-29. Pertukaran kedua telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Syed

    Putra Jamalulail, Yang di-Pertuan Agopng Ke-12 di Padang Kawad Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 20 Mei 2004. Ketua

    Perbarisan adalah Lt Kol Abdul Basit bin Abdul Rahman, Pegawai Memerintah 1 RAMD yang Ke-38.

 

          Sehingga kini Penghormatan Perang yang tercatat di Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong adalah “Tanah Melayu 1941-

    1942”, “Singapura 1942”, “Darurat 1948 – 1960”, “Congo 1960 – 1963”, “Konfrontasi 1963 – 1965”, “Namibia 1989 – 1990”,

    “Kemboja 1992 – 1993”, “Somalia 1993 – 1995” dan “Bosnia Herzegovina 1993 – 1998”.

© 2023 by Strategic Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page