top of page
Penugasan Public Duties

       Pada 28 Februari 2007, General Sir Richard Dannat, Chief of Genaral Staff United Kingdom telah melakukan lawatan rasmi ke Malaysia. Beliau terpegun dengan kesegakan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja didalam melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama dan beliau menawarkan satu tugasan rejimental di United Kingdom yang dikenali sebagai Public Duties. Public Duties merupakan sebuah tugas rejimental dan istiadat yang dilaksanakan oleh Household Division. Pasukan akan terlibat secara langsung dalam mengawal istana Queen Elizabeth II disamping melaksanakan tugas-tugas istiadat yang lain. Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipilih mewakili Tentera Darat untuk melaksanakan penugas ini yang bermula pada 16 April hingga 16 Jun 2008. Pemilihan anggota Public Duties telah dilaksanakan pada 26 Disember 2007. Seramai 8 Pegawai dan 122 LLP telah terpilih termasuk 2 anggota PR dan 5 anggota dari KPD. Malaysia merupakan negara keempat yang diberi kepercayaan dan penghormatan untuk melaksanakan Public Duties selain Kanada, Australia dan Jamaica.

 

Penugasan

 

     a.         Antara penugasan-penugasan Public Duties adalah seperti berikut :

 

                 (1)        Pertukaran Pengawal Windsor Castle.           

 

                 (2)        Pertukaran Pengawal Buckingham Palace.   

 

                 (3)        Pengawal Tower Of  London.

 

                 (4)        Windsor Castle Royal Tattoo.

 

                 (5)        Beating Retreat Household Division.

 

                 (6)        Beating Retreat Royal Anglian Regiment.

 

Lawatan Kenamaan semasa Public Duties

 

     a.      Lawatan Kolonel YDP RAMD, DYMM Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah sewaktu Upacara Pertukaran Pengawal di 

     Forecourt Buckingham Palace pada 5 Jun 2008.

 

     b.      Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sewaktu upacara Pertukaraan Pengawal di Forecourt

     Buckingham Palace pada 11 Jun 2008.

 

     c.      Lawatan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin sewaktu upacara Pertukaran

     Pengawal di Forecourt Buckingham Palace pada 19 Mei 2008.

 

     d.      Lawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, TYT Datuk Abdul Aziz bin Mohamed ke Kem RAF, Uxbridge pada 17 April 2008.

 

Penganugerahan Pingat

 

         Penganugerahan pingat telah diadakan di Istana Anak Bukit, Kedah pada 5 Mei 2009 yang disempurnakan oleh Kolonel YDP RAMD, DYMM Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah sebagai tanda jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang melaksanakan Public Duties dengan cemerlang sekaligus mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Tentera Darat Malaysia di mata dunia. Seramai 3 orang pegawai menerima pingat Bintang Cemerlang Kedah (BCK), 5 orang pegawai dan 19 orang PTT Kanan menerima Pingat Cemerlang Kedah (PCK) manakala anggota yang lain seramai 103 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

 

© 2023 by Strategic Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page