top of page
Aktiviti-Aktiviti Pasukan

Pada 31 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sempena Hari Kemerdekaan yang ke-57 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. DYMM SPB YDP Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah mencemar duli seterusnya menerima tabik hormat dan lagu Negaraku yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat RAMD. Seterusnya SPB YDP Agong berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dengan diiringi oleh Ketua Kawalan. Kawalan Kehormatan Utama yang berkuatan 4 Pegawai dan 118 anggota LLP itu telah diketuai oleh Mej Amriza bin Mohd Ashhari sementara Sabaltan adalah Kapt Mohd Riduan bin Mohd Basheer. Pegawai Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ialah Kapt Mohd Noornazmin bin Abd Rahim manakala Pegawai Panji-panji Rejimen adalah Kapt Adam Fahmi bin Ghazali dan SMR adalah PW I Hisham bin Musa.

Pada 22 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Upacara Mengusung  Jenazah MH17 yang terhempas di Amsterdam pada 17 Julai 14, Jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia seramai 22 orang. Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya. Pengusung berkekuatan 10 PTT Kanan dan 80 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang dibertanggungjawabkan untuk memastikan semua jenazah akan dikendalikan dengan penuh hormat dalam istiadat. Penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Div-Div Kehormat dan orang kenamaan yang lain.

Pada 18 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Sempena Lawatan Ulung Panglima Tentera Darat Singapore ke Mindef. Kawalan Kehormatan Utama yang berkekuatan 3 Pegawai dan 118 anggota LLP itu telah diketuai oleh Mej Amriza bin Mohd Ashhari sementara Sabaltan adalah Kapt Mohd Riduan bin Mohd Basheer dan SMR adalah PW I Hisham bin Musa. Pancaragam yang mengiringi Kawalan Kehormatan Utama (KKU) pada hari tersebut adalah dari Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Pada 15 Ogos 14, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama anggota 1 RAMD, keluarga serta jemputan luar yang dijemput hadir. Sambutan yang penuh warna warni ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kombo PP RAMD dengan mendendangkan lagu-lagu mengusik kalbu dalam suasana hari lebaran. Pelbagai juadah dihidangkan berkonsepkan gerai dan mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua anggota.

Satu Upacara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas Ketua Kompeni telah diadakan di Dewan Makan Desatera Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada 12 Ogos 14. Mej Ahmad Azrul bin Mat akan bertukar keluar ke Cawangan Sumber Manusia (CSM) dan menjawat jawatan sebagai SO 2 Istiadat. Mej Ahmad Azrul bin Mat telah menyerahkan tugas Ketua Kompeni Markas kepada Mej Mohd Herdi bin Ismail yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Kompeni Bravo. Manakala Ketua Kompeni Bravo Mej Mohd Herdi bin Ismail telah menyerahkan tugas Ketua Kompeni Bravo kepada Kapt Azadlee Rafedzi bin Kamal Rafedzi sebagai Ketua Kompeni Bravo yang baru. Turut hadir menyaksikan Upacara tersebut adalah Pegawai Memerintah 1 RAMD Lt Kol Megat Ahmad Najib Shahrudi bin Hj Megat Yunus.

Satu Upacara Pemakaian Pangkat Anggota LLP telah dilaksanakan pada 12 Ogos 14 bertempat di Dewan Makan Desatera 1 RAMD. Seramai 148 anggota LLP telah dinaikkan pangkat. Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Megat Ahmad Najib Shahrudi bin Hj Megat Yunus dan Ketua-Ketua Kompeni yang lain. Di dalam ucapan beliau, kesemua anggota yang dinaikkan pangkat diingatkan agar memberi komitmen yang sesuai dengan tanggungjawab yang diberikan, kerana pangkat yang telah diberi berdasarkan kepada pencapaian dan usaha yang telah ditunjukkan oleh anggota.

Pada 04 Ogos 2014, seramai 3 orang PTT Kanan dan 24 Orang Kpl kebawah telah terpilih dari pasukan ini untuk melaksanakan Raptai Pengusung Jenazah MH17 yang diadakan di Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang, Selangor.

 

Pada 18 Jul 2014, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan Kawalan Kehormatan Utama Sempena Hari Pahlawan yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. DYMM SPB YDP Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah hadir seterusnya menerima tabik hormat dan lagu Negaraku yang dimainkan oleh Pancaragam Gabungan Angkatan Tentera Malaysia. Seterusnya SPB YDP Agong berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dengan diiringi oleh Ketua Kawalan.

 

Majlis Berbuka Puasa Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja bersama Pegawai Memerintah telah dilaksanakan pada 18 Jul 2014 bertempat di Dewan Makan Pasukan. Majlis diteruskan dengan Solat Sunat Tarawih dan diakhiri dengan jamuan Moreh.

 

Majlis Berbuka Puasa Wisma Bintara bersama Pegawai Memerintah telah dilaksanakan pada 16 Jul 2014 bertempat di Wisma Bintara 1 RAMD.

 

Majlis Berbuka Puasa Wisma Perwira 1 RAMD bersama Pegawai Memerintah telah dilaksanakan pada 14 Jul 2014 bertempat di Wisma Perwira Tentera Darat.

 

 

Istiadat Pertukaran Pengawal Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah dilaksanakan pada 12 Jul 2014 bertempat di Istana Negara Jalan Duta. Pegawai Memerintah 1 RAMD Lt Kol Megat Ahmad Najib Shahrudi bin Hj Megat Yunus telah menyempurnakan istiadat tersebut sebagai pegawai tabik hormat.

 

 

Pada 13 Februari 2014 Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan projek jiwa murni di Sekolah Kebangsaan  Leftenan Adnan Sg. Ramal, Kajang.

 

 

Ujian Kecergasan Asas (UKA) penggal 1 telah dilaksanakan pada 23 Januari 2014  di Dataran Panglima Tentera Darat.

Istiadat Jejawat Payung dan Tombak sempena Pembukaan Parlimen pada 10 Mac 14.

 

Kawalan Kehormatan Utama bertempat di Dataran Putrajaya sempena Lawatan Rasmi Presiden Turki pada 10 Jan 14.

 

Perbarisan Istiadat Mengarak Panji-Panji Rejimen sempena Hari Ulang Tahun Pasukan Ke-76 pada 14 Feb 14 bertempat di Dataran PTD, Kem Sungai Besi.

 

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan diantara Wisma Perwira 1 RAMD dan Wisma Perwira 4 Div yang berlangsung di Kem Wardieburn pada 24 Jan 14.

 

Satu Upacara Serah Terima Tugas Pengerusi Bakat 1 RAMD telah diadakan di Bilik Sri Delima pada 24 Jan 14 yang lepas. Nota Serah Terima Tugas telah ditandatangani oleh Pn Syarliza binti Yahaya Selaku Pengerusi BAKAT 1 RAMD yang baru dan Pn Syamsina Zahurin binti Shamsuddin sebagai Naib Pengerusi BAKAT 1 RAMD. Upacara tersebut telah disaksikan oleh Pn Hanesabirin binti Yusoff Pengerusi BAKAT 12 Bgd. dan AJK-AJK BAKAT 1 RAMD.

 

 

 

 

 

 

 

© 2023 by Strategic Consulting. Proudly created with Wix.com

bottom of page